Penentang British dan dalang pembunuhan J.W.W Birch Sultan_Ismail_Muabidin_Riayat_Shah_ibni_al-Marhum_Syed_Shaikh_al-Khairat

Baginda mula menentang British semenjak Perjanjian Pangkor (20 Januari 1874) iaitu telah menghilangkan gelaran Sultan Perak kepada Sultan Muda dan jawatan baginda diserahkan kepada Raja Abdullah sebagai Sultan Perak. Kemarahan baginda dengan British termasuk Residen Perak Pertama, J.W.W Birch, apabila sewaktu baginda bersemayam di Belanja, Perak, baginda didatangi oleh J.W.W Birch untuk dapatkan alat-alat kebesaran Kesultanan Perak. Persengketaan ini bermula disebabkan sewaktu perjanjian Pangkor ditandatangai, Raja Abdullah telah diktiraf oleh British sebagai Sultan Perak dan baginda memerlukan alat kebesaran Perak untuk mengesahkan pertabalan baginda sebagai sultan perak. Oleh itu, J.W.W Birch datang ke Belanja untuk dapatkan alat kebesaran tersebut, tetapi telah ditentang oleh baginda dan semenjak itu, baginda marah dan cuba untuk menghapuskan pengaruh British dan J.W.W Birch